Bengkel Praktikal & Reach Nadi Kesejahteraan Kendiri Di Negeri Kedah
18 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada 17 September 2026 pihak MRIC Healthcare dan NADI telah mengadakan bengkel praktikal dan Reach NADI Kesejahteraan Kendiri di Negeri Kedah yang bertempat di NADI RP Seberang Terus pada jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang.Antara program yang dilakukan pada hari tersebut adalah program Jom Saring: dimana telah dilakukan saringan kesihatan asas untuk komuniti setempat yang hadir pada hari tersebut.Turut juga diberikan sedikit penerangan Pendidikan Kesihatan & Penjagaan Kendiri: Pendedahan awal mengenai tahap kesihatan fizikal dan langkah pencegahan penyakit.Kesedaran Kesihatan Komuniti.Selain itu, melalui bengkel ini telah membawa akses khidmat kesihatan terus ke pusat NADI bagi memudahkan komuniti luar bandar dan setempat melakukan saringan kesihatan secara percuma.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: